Featured

MINDSET

Matlamat saya, saya ingin lebih ramai anak-anak terus set di minda mereka “MATEMATIK ITU MUDAH”.

Apa yang perlu?

Sokongan ibu bapa.

Sokongan guru.

Masa.

Latih Tubi.

Wang ringgit.

Moga perkongsian ini dapat membantu lebih ramai anak-anak menguasai Matematik.

Jika anak tak minat Matematik, ni ebook sesuai untuk tarik minat mereka : https://modulmatematik.onpay.my/order/form/bp005/Nik004563

Jika anak tak kuasai pecahan, perpuluhan dan peratus, ini modul yang sangat baik untuk mereka : https://modulmatematik.onpay.my/order/form/mm001/Nik004563

Jika anak tak hafal sifir, ini Ebook 9 teknik kuasai sifir dengan mudah untuk mereka : https://modulmatematik.onpay.my/order/form/bp002/Nik004563

Nak tanya?
Wasap.my/601155071300/ebbokcikgufadhli

DSKP MATEMATIK TAHUN 5 (2020)

KREDIT : FB CIKGU FADLI SALLEH

MEMBEDAH DSKP Tahun 5.

  1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 1000, 000.
    Haa, makin advance dari Tahun 4 tau. Jika anak dah kuasai topik ini di tahun sebelumnya, tajuk 1 ini tak sukar.

Tapi jika bundar dan pola nombor pun anak masih terkial-kial, memang bahaya. Tajuk ini kesinambungan dari topik yang anak belajar di Tahun 4 (2019), cuma nombor dibesarkan hingga 1 juta sahaja.

  1. TAJUK 2 ialah tambah hingga 1 juta.
    Tajuk ini pun senang sangat. Ramai boleh kuasai, cuma perlu lebihkan latihan dan tumpuan pada sub topik penyelesaian masalah sahaja.
  2. TAJUK 3 ialah tolak hingga 1 juta.
    Tajuk ini pun senang sangat. Ramai boleh kuasai, cuma perlu lebihkan latihan dan tumpuan pada sub topik penyelesaian masalah sahaja.
  3. Tajuk 4 ialah pendaraban hingga 1 juta.
    Anak-anak wajib kuasai sifir. Wajib tiada takwil lagi. Cabaran utama semua guru mengajar topik ini ialah anak murid tak hafal sifir.

Juga dalam tajuk ini ada sub topik penggunaan ANU dalam pendaraban. Tahu tak ANU tu apa? Haa, kalau tak tahu, gali video ‘apa itu ANU’ kat Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh

  1. TAJUK 5 ialah bahagi hingga 1 juta.
    Tajuk ni kalau anak tak kuasai sifir, confirm lingkup. Nak buat bahagi kena hafal sifir. Tambah-tambah soalan penyelesaian masalah yang memeningkan nak bagi murid faham. Penggunaan ANU dalam bahagi juga diajar masa ni ya.
  2. TAJUK 6 ialah Operasi Bergabung.
    Tajuk ini tidak sukar jika anak dah kuasai asas Matematik yakni tambah, tolak, darab dan bahagi.

Operasi bergabung melibatkan tambah dan darab, tolak dan darab, tambah dan bahagi serta tolak dan bahagi diajar. Anak-anak wajib tahu operasi mana yang perlu didahulukan.

  1. TAJUK 7 ialah Pecahan.
    Masa ni anak-anak akan belajar penambahan dan penolakan pecahan melibatkan nombor bulat tau. Tau tak apa nombor bulat dalam pecahan? Apa pula pecahan tak wajar? Apa pula pecahan wajar? Apa pula pecahan bercampur?

Jika tak tahu, balerrr.

Konsep ‘daripada’ dalam Pecahan juga diperkenalkan. Contoh : 2/5 daripada 50

  1. TAJUK 8 ialah Perpuluhan.
    Masa ni anak akan belajar tambah dan tolak perpuluhan hingga tiga nombor perpuluhan tidak lebih dari tiga tempat perpuluhan.

Juga ada diajar darab dan bahagi dalam perpuluhan serta penyelesaian masalah melibatkan perpuluhan.

  1. TAJUK 9 ialah Peratus.
    Topik Peratus senang diajar dan murid agak cepat faham kerana konsepnya lebih kurang dengan pecahan. Tapi jika anak tak kuasai Pecahan, sukar jugalah nak ajar.

Hanya 2 sub topik diajar tentang Peratus yakni Nilai Peratus dan Penyelesaian Masalah.

  1. TAJUK 10 ialah Wang Hingga RM1000,000
    Dalam tajuk ini ada 9 sub topik tau. Kena bagi tumpuan lebih ya. Namun jika anak dah kuasai tambah, tolak, darab dan bahagi nombor bulat dan nombor perpuluhan, ia tidak sepatutnya menjadi masalah kerana dalam topik ini hanya ada perbezaan RM sahaja berbanding nombor bulat dan perpuluhan.

Yang mencabar dalam tajuk ini ialah sub topik Faedah dan Pelan Perbelanjaan dan Simpanan. Haa, hat ni agak mencabar ya.

  1. TAJUK 11 ialah Masa dan Waktu.
    Murid-murid perlu tahu dan hafal perkaitan antara tahun dan dekad serta tahun dan abad.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan tahun, dekad dan abad. Dan sub topik paling ultimate semestinya penyelesaian masalah. Huhu.

  1. TAJUK ke 12 ialah Panjang.
    Masa ni anak kita kena kuasai penukaran unit km – m, m – cm, cm – mm dan sebaliknya. Tukar kepada perpuluhan dan pecahan juga tau.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan semua unit ukuran panjang serta soalan penyelesaian masalah.

  1. TAJUK 13 ialah Jisim.
    Masa ni penukaran unit melibatkan kilogram dan gram perlu kuasai. Tukar kepada perpuluhan dan pecahan juga tau.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan semua unit kg dan gram serta soalan penyelesaian masalah.

  1. TAJUK 14 ialah Isipadu Cecair.
    Dalam tajuk ini ada 6 sub topik. Anak-anak perlu kuasai penukaran unit liter kepada mililiter dan sebaliknya. Tukar kepada perpuluhan dan pecahan juga tau.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan liter dan mililiter serta soalan penyelesaian masalah.

  1. TAJUK 15 ialah Ruang.
    Masa ni murid-murid akan belajar perimeter, luas dan isipadu dalam sub topik pertama. Sub topik kedua pula diperkenalkan sudut. Dan sub topik ketiga ialah Garis Serenjang dan Garis Selari.

Topik ini agak sukar. Ramai murid keliru, tak dapat kuasai dan selalu salah dalam peperiksaan. Tolong bagi perhatian ya.

  1. TAJUK 16 ialah Koordinat.
    Tajuk ini senang dan hampir semua murid dapat faham dengan baik. Tajuk ini kalau masuk exam dianggap soalan bonua kerana ianya mudah.
  2. TAJUK 17 ialah Nisbah dan Kadaran.
    Nisbah dan Kadaran juga dianggap tajuk bonus jika masuk dalam exam. Tidak sukar dan mudah. Cuma nisbah tidak perlu diperkecilkan jika tiada arahan dalam soalan. Perkecil nisbah sama seperti permudahkan pecahan. Sama je ya.
  3. TAJUK 18 ialah Pengurusan Data.
    Ini tajuk terakhir dalam DSKP Tahun 5. Masa ni anak-anak kita akan belajar 2 sub topik.

Pertama ialah mod, min, median dan julat. Tolong bagi perhatian sub topik ni. Ramaiii sangat keliru dan tertukar antara semua tu.

Sub topik kedua ialah Data yakni anak-anak kena pandai membina piktograf dan carta palang. Bina tau. Bukan sekadar baca, susun, banding beza dan dapatkan maklumat.


Ha, itulah semua 18 TAJUK yang anak-anak kita akan belajar di Tahun 5.

Untuk dapatkan DSKP dalam bentuk PDF yang boleh didownload, klink link di bawah ye.

DSKP MATEMATIK TAHUN 4 (2020)

kredit : FB Cikgu Fadli Salleh

Ada anak sekolah rendah? Matematik mereka merosot teruk? Dengar nasihat aku.

  1. BERHENTI merungut kata silibus tinggi dan susah.
  2. BERHENTI mengecam menyindir kata silibus yang digubal terlampau tinggi aras hingga anak tak boleh ikut.
  3. Silibus telah digubal. Buku teks telah keluar. Tiada apa yang boleh kita ubah.
  4. Matematik menjadi killer subjek zaman sekarang. Tidak seperti dulu kala, dalam kelas hampir semua dapat A. Seorang dua sahaja yang dapat B.
  5. Zaman la ni, hampir separuh kelas gagal. Yang lulus pun cukup-cukup makan sahaja. Yang cemerlang, dapat A, markah lebih 90 hanya terpencil. Sehingga ada yang bertanya,

“Adakah silibus yang digubal hanya untuk segelintir murid pandai sahaja?”

  1. Persoalan itu aku tak boleh jawab. Bukan aku yang gubal silibus. Cuma aku boleh berkata begini;
  2. Silibus perlu berubah mengikut peredaran zaman. Negara kita (kebelakangan ini) mengubah silibus setiap 6 tahun.
  3. Perubahan ini perlu kerana zaman sangat banyak berubah berbanding dulu. Zaman sekarang teknologi sangat pesat, zaman robot mula ambil alih tugas manusia.
  4. Dan silibus Matematik turut menerima kesan. Makin tinggi. Makin sukar. Makin padat. Makin KBAT.
  5. Cuma kelemahan negara kita, yang dimajukan hanya silibus. Tapi fasiliti masih ditakuk 80an lagi. Sekelas masih ada sekolah yang punya murid lebih 40 orang, bahkan ada yang lebih 50 orang. Dah macamana nak mengajar dengan baik sedangkan negara maju muridnya 20 orang sekelas.
  6. Kerusi meja banyak dah uzur. LCD pun ramai guru yang beli sendiri. Printer kertas pun cikgu yang kena beli sendiri. Nak pembantu guru untuk setiap kelas macam negara maju? Bagai mimpi sahaja.
  7. Guru-guru tidak diberi pendedahan yang cukup untuk menerima perubahan demi perubahan yang berlaku secara mendadak. Tiada kesediaan di peringkat akar umbi. Tiada lagi kursus secara mendalam seperti zaman dulu kala.
  8. Kajian dibuat bila mana subjek Matematik negara kita merosot. Rupanya selain faktor fasiliti, kelas yang padat, pendedahan pada guru kurang, masa mengajar Matematik di negara kita rupanya TIDAK MENCAPAI TAHAP MINIMA seperti negara lain.
  9. Silibus sahaja makin tinggi, makin sukar, makin padat sedangkan benda lain tidak dimajukan sama menyebabkan Matematik menjadi killer subjek.
  10. Umpamanya meletak enjin Ferrari dalam kereta Kancil. Suspension, tayar, stereng, body, brake semua masih Kancil, hanya enjin sahaja Ferrari mana maunya kereta itu pergi. Silap-silap enjin tercabut dari body. ๐Ÿ˜…

Jadi apa kita kena buat?

  1. Merungut tak mampu menghentikan perubahan. Tidak akan menjadikan silibus itu tiba-tiba jadi mudah. Tidak akan menjadikan kelas anak kita tiba-tiba mengecil dan punya 20 murid siap pembantu guru, siap pencetak, siap kondisi yang sangat selesa.
  2. Menyindir dan mengecam silibus juga tidak membuatkan masa belajar Matematik anak kita dari 2jam setengah setiap minggu menjadi 20 jam seminggu bagai di China.
  3. Kita ibubapa kena mula menyokong anak-anak kita. Ajar mereka di rumah. Hantar mereka tuisyen jika mampu.
  4. Jika tidak mampu mengajar topik yang susah, paling tidak cuba usahakan agar anak kuasai basic dalam Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Paksa juga anak hafal sifir kerana sifir adalah jantung Matematik.
  5. Join page pendidikan di Fb, Telegram dan follow guru-guru yang selalu berkongsi bahan dan tips belajar dan mengajar. Subscribe juga channels YouTube dari guru-guru yang berkongsi ilmu secara percuma.
  6. Antara channel Telegram untuk Matematik sekolah-sekolah rendah, boleh join channel Telegram saya.

Okeh. Cukup dulu 20 point tentang silibus baru dan isu pendidikan semasa negara kita. Jumpa lagi dilain masa ya!

Nota kaki :- Ini adalah pendapat peribadi penulis. Tidak mewakili sekolah, jabatan jauh sekali KPM itu sendiri.

DSKP MATEMATIK TAHUN 3 (2020)

Kredit : FB cikgu Fadli Salleh

Apa yang anak kita di Tahun 3 akan belajar nanti? Jom saya ‘BEDAH’ untuk kalian.

  1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 10000.
    Haa, makin advance dari Tahun 2 tau. Tajuk pertama ini sama macam anak di Tahun 2. Cuma nombornya makin besar main ribu riban dah.

Jika anak dah kuasai pada Tahun 1 dan 2, Tahun 3 Tajuk ini sepatutnya tiada masalah. Cuma perlu beri tumpuan pada sub topik Pola Nombor dan Penyelesaian Masalah. Makin tinggi aras KBAT soalan Penyelesaian Masalah.

Soalan Penyelesaian masalah ada dalam setiap Tajuk. Dan topik Penyelesaian Masalah PALING RAMAI murid tak faham dan tidak kuasai. Paling ramai. Titik!

  1. TAJUK 2 ialah Operasi Asas.
    Macam tahun 2, anak-anak perlu kuasai tambah, tolak, darab dan bahagi. Jika anak kalian di tahun 3 belum hafal sifir, ia merupakan masalah yang SANGAT BESAR!

Dan di Tahun 3 anak-anak kita mula belajar Operasi Bergabung tambah dan tolak. Contoh :-
4523 + 1089 – 268.

Juga dalam tajuk ini anak-anak dah didedahkan dengan Penggunaan ANU. Apa itu Anu? Bukan yang kat celah kangkang tu. ๐Ÿ˜…

Penjelasan secara video ada saya buat dalam Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh. Join, lihat pengajaran saya, fahamkan dan ajar anak pula ya.

  1. TAJUK 3 ialah Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ha, dah makin tinggi aras pecahan, perpuluhan siap masuk peratus lagi di Tahun 3. Sebab tu saya cakap silibus kita bersifat kesinambungan. Ia berhubung dari tahun ke tahun.

Tak kuasai sedari tahun 1 dan 2, memang bermasalah bila masuk tahun 3.

Pecahan dah diajar pecahan tidak wajar pula. Kena pula sebut pecahan perseratus. Dan paling payah nak bagi anak faham ialah tukar ke dalam BENTUK TERMUDAH.

Topik perpuluhan tidak kurang cabarannya. Dah kena kaitan dengan petak seratus dan garis nombor tau. Penambahan dan penolakan nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan juga dah diajar pada masa ni.

Manakal sub topik Peratus agak ringan. Ia sekadar pengenalan simbol, perwakilan peratus dengan petak seratus dan menyatakan kaitan peratus dan perpuluhan.

Dalam topik ini pun ada sub topik penyelesaian masalah tau. Pendek kata, topik ini agak berat. Saya sangat sarankan ibubapa beri pengukuhan topik ini di rumah.

  1. TAJUK 4 ialah Wang.
    Di tahun 3, topik wang makin mencabar. Selain tambah, tolak, darab dan bahagi wang, ada juga operasi bergabung melibatkan wang.

Di tahun 3 juga anak mula diperkenalkan dengan mata wang asing (ASEAN). Mana la tau kalian bawa anak pergi melancong ke Vietnam ke, mereka dah kenal mata wang tu tau.

Juga tidak dilupakan, sub topik Simpanan dan Pelaburan juga ada. Pendedahan kepada pentingnya menyimpan dan melabur. Last sub topik semestinya Penyelesaian Masalah. Fuh, berasap juga topik ni.

  1. TAJUK 5 ialah Masa dan waktu.
    Makin jauh dah anak-anak kalian belajar masa dan waktu di Tahun 3 tau.

Perkaitan tahun dengan bulan, minggu dengan hari, membaca kalendar Masihi, tambah dan tolak masa, operasi bergabung, darab dan bahagi masa pun diajar di tahun 3.

Kasar juga mainan Tajuk 5 ni. ๐Ÿ˜…

  1. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan.
    Ha, ni tolong bagi tumpuan ya mak ayah. Pastikan anak-anak dah boleh menukar unit m – cm, kg – g, l – ml tau.

Juga mereka kena tahu menyelesaikan ayat Matematik tambah, tolak, darab dan bahagi hingga tiga unit ukuran. Fuh, berasap lagi.

  1. TAJUK 7 ialah Ruang.
    Dalam tajuk ini anak-anak dah diperkenalkan apa itu prisma dan ciri-cirinya. Prisma tu apa? Hah, aku tanya kau yang tua. ๐Ÿ˜

Mereka juga belajar apa itu Poligon Sekata dan Paksi Simetri. Sekali lagi aku nak tanya yang tua ni, ingat lagi apa itu Poligon Sekata dan apa itu Paksi Simetri tak?

Haaa, termenung panjang nampak. Ke dah buka Mak Cik Google nak cari jawapan? ๐Ÿ™Š

  1. TAJUK 8 ialah Koordinat.
    Ni tajuk baru yang anak-anak tak belajar di Tahun 2. Koordinat ni topik senang nak bagi murid faham. Biasanya topik ini tiada masalah bagi anak-anak kita.
  2. TAJUK terakhir ialah Pengurusan Data.
    Di Tahun 3 anak kita diperkenalkan pula dengan carta pai. Ya tuan puan, dah kena tahu ciri-ciri carta pai dan cara baca carta pai dah bila masuk Tahun 3 ni tau.

Tidak dilupakan, pada tahun 3 juga anak-anak kena tahu Perkaitan Antara Piktograf, Carta Palang dan Carta Pai. Tu dia. Bakal pakar statistik anak-anak kita bila kuasai topik Pengurusan Data ni.

Ha, itulah semua 9 TAJUK yang anak-anak kita akan belajar di Tahun 3.

Suka aku ingatkan, di tahun 3 ini mereka WAJIB kuasai dan hafal sifir. Wajib juga kuasai topik PECAHAN yang dinamakan ibu segala topik.

Bahan pengajaran beserta video yang CikguFadli sarankan untuk membantu anak kalian faham pecahan dan kuasai sifir, boleh pilih di MENU ye. Klik SIFIRLICIOUS.

klik link ini untuk download DSKP penuh.

DSKP MATEMATIK TAHUN 2 (2020)

Apa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya ‘bedah’ agar ibubapa lebih bersedia.

  1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 1000. Tajuk ini adalah kesinambungan dari apa yang anak kita belajar pada tahun 1.

Tajuk ini tidak sukar mana, ramai murid boleh kuasai dengan baik. Cuma perlu lebihka latihan dalam sub topik Bundar, Pola Nombor dan Penyelesaian Masalah. 3 sub topik ini antara yang ramai murid tidak kuasai.

  1. TAJUK 2 ialah operasi asas. Hat ni kena bagi tumpuan yang sangat tinggi. Ini asas yang sangat-sangat PENTING buat anak di tahun 2.

Mereka dah mula menambah dan menolak nombor hingga 1000. Pastikan anak kuasai penambahan dan penolakan yang mengumpul semula. Ala, tambah tolak yang naik 1 dan pinjam 1 tu la.

Lebih penting lagi, dalam topik ini juga anak-anak mula diperkenalkan dengan DARAB dan BAHAGI. Dua topik yang sangat ramai murid gagal kuasai tau. Jika tak kuasai sedari Tahun 2, ia akan menjadi masalah sampai UPSR.

  1. TAJUK 3 ialah Pecahan dan Perpuluhan. Pengenalan kepada pecahan wajar diajar dalam tajuk ini. Tolong pastikan anak betul-betul faham apa itu pecahan wajar.

Juga mula diperkenalkan perpuluhan kepada mereka. Murid juga perlu kuasai penukaran pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
Contoh : 4/10 = 0.4

Jangan risau, di tahun 2 topik ini hanya pengenalan dan tidak sukar. Murid mudah faham topik ini.

  1. TAJUK 4 ialah Wang. Dalam topik ini, ada penambahan nilai wang hingga tiga kali tau. Pastikan anak dah power menambah. Menolak pun dah kena tolak berturut-turut hingga RM100.

Agak seram, mereka dah kena kuasai mendarab dan membahagi wang dah tau. Sebab itu aku kata TAJUK 2 sangat-sangat penting.

Selain itu, pada topik ini juga anak-anak di Tahun 2 dah diperkenalkan dengan sub topik Simpanan dan Pelaburan. Haa, ni nak bagi anak-anak pandai menyimpan dan tak melabur dalam MLM merapu dan skim cepat kaya hingga bankrup bila besar nanti. ๐Ÿ˜

  1. TAJUK 5 ialah Masa dan Waktu. Tahun 2 ni anak-anak tak payah lagi diberi jam digital. Bagi jam jarum pada mereka baru cepat mereka faham dan kuasai topik ini.

Mereka juga kena ingat sehari = 24 jam dan satu jam = 60 minit tau. Fakta asas dua ni je dulu mereka kena ingat. Musim cuti ni ajar mereka segera ya.

  1. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan. Murid dah diperkenalkan dengan ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair.

Asas pada tahun 2 ni, anak-anak kena tahu dan kenal meter dan centimetre, kilogram dan gram serta liter dan mililiter.

Mereka hanya perlu kenal, sukat dan anggar pada tahun 2. Tiada soalan penukaran unit, tambah, tolak dan bahagi lagi tau. Pengenalan asas sahaja.

  1. TAJUK 7 ialah Sukatan dan Geometri. Tajuk ini pun sambungan dari Tahun 1. Mereka perlu kenal bentuk-bentuk 3D dan 2D serta huraian ciri-ciri bentuk tersebut. Bentangan bentuk 3D juga dah mula diajar dalam tajuk ini.
  2. TAJUK 8 ialah Pengurusan Data. Jika di tahun 1 murid diperkenalkan dengan piktograf, pada tahun 2 murid diperkenalkan dengan carta palang. Murid perlu pandai mengumpul, mengelas dan menyusun data. Mereka juga perlu pandai membaca dan mendapatkan maklumat dari carta palang.

Okey, itu sahaja ‘bedah’ siasat DSKP Matematik tahun 2. Download DSKP di bawah.

DSKP MATEMATIK TAHUN 1 (2020)

8 Persediaan anak di Tahun 1 untuk subjek Matematik.

  1. Anak kena pandai membaca.
    Eh! Dah kenapa subjek Matematik tetapi anak kena pandai membaca pula?

Topik pertama diajar dalam buku teks ialah Nombor Bulat Hingga 100. Tajuk 1.1 Kuantiti Secara Intuitif.

Muka surat pertama lagi murid dah perlu pandai bandingkan objek mana lebih, objek mana kurang, objek mana yang sama banyak.

Jika anak tak pandai eja “Kurang” “Lebih” dan “Sama Banyak”, macamana mereka nak jawab soalan dalam buku aktiviti?

  1. Anak kena mengira nombor asas hingga 20 sekurang-kurangnya.
    Kenal, tahu dan boleh padankan. Ini masuk dalam topik 1.2 tau, Nilai Nombor.

Tahap ini juga anak kena pandai membanding dua nilai nombor serta menyusun nombor secara tertib menaik dan tertib menurun.

  1. Anak kena pandai menulis dalam angka dan perkataan.
    Eh! Awal-awal dah kena pandai menulis dalam perkataan? Anak saya tak pandai eja ‘sembilan belas’.

Haaa, jika tak pandai eja, musim cuti ni latih mereka mengeja. Sub topik 1.3 ialah Menulis Nombor Dalam Angka dan Perkataan tau. Memang anak perlu pandai mengeja dan menulis dalam perkataan khususnya.

  1. Kenalkan mereka tentang kombinasi nombor.
    Hat ni penting tau. Awal-awal dah diajar pada murid kombinasi nombor. Apa itu kombinasi nombor?

4 ialah kombinasi nombor 4 dan 0, 3 dan 1, 2 dan 2, 1 dan 3 serta 0 dan 4. Itulah dia kombinasi nombor bagi empat. Jika 8? Lagi banyak kombinasinya. 8 dan 0, 7 dan 1, 6 dan 2, 5 dan 3, 4 dan 4 dannnnnn seterusnya.

  1. Tahu melengkapkan rangkaian nombor.
    Sub topik 1.5 ialah Rangkaian Nombor dimana mereka perlu membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh.

Ha, dah macam darab kan? Ya, asas awal darab dah diterap secara tak langsung walau anak belum pun belajar tambah.

  1. Perlu kenal Nilai Tempat, Menganggar dan Membundar.
    Sub topik 1.6, 1.7 dan 1.8 itulah dia yang anak kita akan belajar. Part paling susah nak bagi anak faham ialah membundar.

Namun jangan risau, aku dah buat banyak video mengajar asas bundar untuk tahun satu. Boleh lihat secara percuma di Telegram aku t.me/MohdFadliSalleh

  1. Pola Nombor ialah susunan dan corak nombor yang disusun. Sub Topik 1.9 ini banyak soalan KBAT yang memerlukan anak kreatif berfikir tau.
  2. Soalan Penyelesaian Masalah.
    Soalan berbentuk ayat mula diperkenalkan. Soalan pada tahun 1 sangat senang dan ringkas. Dibantu pula oleh gambar untuk memudahkan kefahaman murid. Ini ialah Sub Topik ke 1.10 dalam Tajuk pertama tau.

Haaa, sediakan anda? Ni baru sedikit sahaja pendedahan aku. Ni baru Tajuk 1 tau yang anak kalian bakal belajar di bulan pertama persekolahan.

Belum masuk operasi tambah dan tolak pun lagi, tapi inilah topik yang diperkenalkan. Diharap kalian bersedia la semuanya agar tak ketinggalan.

Sangat penting penguasaan di Tahun 1 kerana jika mereka ketinggalan di Tahun 1, kemungkinan besar mereka akan terus ketinggalan hingga ke tahun 6 kerana silibus yang digubal bersifat kesinambungan. Ia berhubung kait dari tahun ke tahun.

Jadi kawan-kawan, ini zaman mereka. Kita kena bantu mereka hadapi silibus zaman mereka dengan tenang dan sentiasa beri sokongan.

Terus sokong anak kita di rumah, guru pula mengajar di sekolah. InsyaAllah. Moga kejayaan milik anak kita bersama.

BUKU & BBM MOMMYHAPPY

Saya juga adalah ejen sah Mommyhappy, syarikat Muslim yang membekalkan buku dan bahan pendidikan seperti BBM guru dan murid. Jemput ke channel Telegram saya di link untuk pautan ke group perkongsian saya tentang pendidikan awal kanak-kanak, Matematik Mudah, e-Katalog Produk Mommyhappy dan sebagainya. Moga bermanfaat untuk semua ye.

MODUL PANTAS MATEMATIK

Tahukah ibu ayah, selain SIFIR, nadi utama Matematik adalah topik PECAHAN, PERPULUHAN dan PERATUS. kenapa? Nampak biasa je kan? Tapi topik ni, kalau anak-anak tak dapat kuasai dari awal, minat mereka terhadap Matematik boleh merudum sampai tahap gaban.

.

.

cuba tengok soalan ni..

3 + 4.59 – 6/5 = ? (nyatakan jawapan dalam perpuluhan)

Agak-agak, kalau anak tak mahir topik 3 serangkai ni, mereka nak jawab tak kalau dalam peperiksaan? Mesti salin soalan balik atau tinggal kosong je. Ni baru soalan asas. Kalau penyelesaian masalah pulak, lagi la haru.. Nak fikir operasi nak guna, nak fikir cara nak tukar bentuk yang sama dan seumpamanya.

.

Ayuh ibu ayah, cikgu-cikgu. Tamatkan memori hitam anak-anak terhadap soalan-soalan macam ni. Bantu mereka rasa seronok nak jawab, bukan give up tengok soalan. Huhu..

Jom. Klik link di bawah untuk DETAILS modul ini.

NAK ORDER EBOOK CIKGU FADLI

Jika anak TAK MINAT MATEMATIK, ni ebook sesuai untuk tarik minat mereka :

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Jika anak TAK KUASAI PECAHAN, PERPULUHAN dan PERATUS, ini modul yang sangat baik untuk mereka :

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX

Jika anak TAK HAFAL SIFIR, ini Ebook 9 teknik kuasai sifir dengan mudah untuk mereka :

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Nak tanya dulu? Jangan malu jangan segan nak ketuk pintu wasap saya ye.

Sifirlicious

“cikgu. Maca mna nak bagi anak hafal sifir? “

“cikgu, kaedah macam mana paling sesuai nak hafal sifir tanpa membosankan anak-anak?

“Cikgu, anak saya ni, kejap ingat sifir, kejap lupa sifir, macam mana tu? “

“cikgu, ada kaedah lain tak untuk anak kuasai sifir tanpa hafalan?”

Jangan bimbang ibu ayah yang prihatin sekalian. Kami ada ebook khas untuk anak-anak kuasai sifir tanpa paksaan lagi. Kami perkenalkan ebook dari Cikgu Fadli Salleh, cikgu Korea yang viral tu. Judulnya SIFIRLICIOUS.

gabungan SIFIR + DELICIOUS. Sifir sedap gituuu. Lepas praktik kaedah dalam ebook ni, memang sedap la sifir tu bagi anak-anak. Bukan hempedu lagi. Hihi..

Ayuh.. Klik link di bawah untuk lihat keistimewaan SIFIRLICIOUS ni.

MARVEL MATH

“Mak.. Susahnya Matematik. “๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ

“Mak.. Exam lepas adik dapat E lagi lah Matematik. “๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ

“Mak.. Perlu ke belajar Matematik ni? Kalau cikgu bagi pilih, adik tak nak belajar Matematik ni. “

Gusar mak ayah dengarr luahan anak-anak macam ni kan. Fobia sangat dengan Matematik ni. Walaupun pelbagai cara diajar, anak-anak masih belum nampak jalan. Tetap nampak susah.

.

.

.

cikgu kat sekolah pun sama. Naik pening dibuatnya dok pikir macam mana nak naikkan peratus lulus sekolah untuk subjek Matematik ni. Apa lagi yang aku tak ajar??

KAEDAH apa lagi nak bagi budak faham konsep?

seba Matematik sebenarnya mudah kalau dah faham konsep. Bak kata umi saya, kalau dah faham, mai nombor juta, trilion, pun kacang je. Dan memang betul.

Sebenarnya,Matematik ni banyak sangat kaedah penyelesaian dan jawapannya cuma satu. Pusing kiri, pusing kanan, tambah, tolak, bahagi, darab, akhirnya keluar jugak jawapan yang sama. Betul tak??

Cuma, mungkin anak-anak belum jumpa kaedah yang menarik, yang boleh buat mereka rasa teruja nak jawab soalan Matematik. Saya semdiri pun teruja, apatah lagi anak-anak kita. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Sebab itu lah, saya dengan bangga dan yakinnya, nak memperkenaljan MARVEL MATH, satu ebook hasil gabungan idea cikgu dua beradik iaitu Cikgu Fadli Salleh dan Dr. Salbiah Salleh. Mereka berdua merupakan guru yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam Matematik. Lulusan PhD lagi penulis ebook hebat ni.

mak ayah, cikgu-cikgu mesti dah tak sabar nak tahu KEISTIMEWAAN ebook Marvel Math ini. Sampaikan anak yang tak minat Matematik, boleh jadi minat terhadap Matematik. Haaa…

Jom. Klik link di bawah.

Design a site like this with WordPress.com
Get started